Indeks Komposit Zon Eropah di Paras Tertinggi Sejak 70 Bulan Lepas

37

Sektor pembuatan di Zon Eropah semakin mengukuh pada Februari yang ditunjukkan oleh data yang dikeluarkan petang tadi. Markit flash PMI manufacturing index (Indeks pembuatan) menguat ke paras 55.5 berbanding 55.2 sebelum ini dan lebih tinggi dari jangkaan pasaran iaitu 55.0.

Data kali ini sekaligus merekodkan data tertinggi yang pernah dicapai sejak 70 bulan lepas.

Sektor perkhidmatan pula menguat secara mendadak ke paras 55.6 dari 53.7 sebelum ini yang juga merekodkan paras tertinggi sejak lima tahun lepas.

Dari segi komponen ‘perniagaan baru’, terdapat kemasukan jumlah projek yang signifikan dan menyumbang kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan dalam tempoh ini. Perniagaan baru dan eksport mencatatkan kenaikan tertinggi sejak April 2011.

Komponen utama ‘harga’ juga menunjukkan kenaikan yang tertinggi sejak Julai 2011, walaupun masih ada halangan jika dibandingkan dengan perbandingan harga input pengeluaran.

Terdapat juga pengukuhan dalam pasaran buruh pada tempoh sama dan turut mencapai paras tertinggi sejak Mei 2011 dengan sumbangan yang tinggi daripada sektor perkhidmatan.

Data secara keseluruhan menunjukkan, keyakinan yang semakin tinggi dalam pertumbuhan ekonomi di Zon Eropah. Hal ini juga akan meningkatkan spekulasi kepada pengurangan jumlah pembelian bon oleh ECB beberapa bulan akan datang dengan kenaikan tekanan harga dalam pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat