Indeks PMI Sektor Perkhidmatan US Meleset Daripada Jangkaan

60

Indeks sektor perkhidmatan US (ISM non-manufacturing index) meningkat kepada 55.3 pada Ogos daripada 53.9 sebelum ini, namun catatan kali ini rendah daripada ramalan 55.6.

15 daripada 18 industri dalam sektor perkhidmatan US merekodkan pertumbuhan pada Ogos dan majoriti responden optimis dengan keadaan perniagaan di masa hadapan.

Sebarang bacaan yang berada di atas 50 menunjukkan aktiviti yang berkembang dan keadaan perniagaan yang baik dan sebaliknya apabila bacaan di bawah 50.

Komponen aktiviti perniagaan atau indeks pengeluaran mengukuh kepada 57.5 daripada 55.9 sebelum ini, di mana indeks tempahan baru mengukuh kepada 57.1 daripada 55.1 pada Julai. Indeks tempahan yang belum dipenuhi juga semakin meningkat.

Indeks pekerjaan pula meningkat kepada 56.2 daripada 53.6 sebelum ini yang mana akan mengekalkan jangkaan kepada pengukuhan tambahan pekerjaan.

Terdapat juga peningkatan dalam komponen harga kepada 57.9 daripada 55.7 yang mana menunjukkan tekanan inflasi semakin meningkat beransur-ansur.

Data secara keseluruhan akan mengekalkan jangkaan pertumbuhan ekonomi yang kukuh dengan bacaan 55.3 dengan pertumbuhan ekonomi di sekitar 2.5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat