Inflasi Kanada Meleset Dari Jangkaan Pasaran, Jualan Runcit Naik 0.7%

51

Harga pengguna Kanada naik 0.4% pada April berbanding jangkaan pasaran 0.5% pada tempoh sama. Dalam tempoh 12 bulan sehingga April 2017 harga pengguna tidak berubah dari 1.6% yang direkod sebelum ini di mana lebih rendah dari jangkaan pasaran.

Manakala inflasi-teras (Core-inflation) merosot kepada 1.1% dari 1.3% berbanding jangkaan kenaikan 1.4%.

Harga meningkat dalam enam dari lapan kategori pada April di mana komponen makanan meningkat 0.3% walaupun harga dalam masa tujuh bulan ini masih merosot 1.1%.

Kos pengangkutan naik 1.6% dan dalam tempoh 12 bulan sehingga April 2017 merekod kenaikan 4.2% yang disokong kenaikan harga gasolin sebanyak 10%.

Dalam konteks ini Bank of Canada  tidak akan melihat kepada pengetatan polisi dan sebarang kejatuhan inflasi yang berterusan akan memberi tekanan kepada lanjutan pelonggaran polisi.

Bank pusat ketika ini masih memberi perhatian kepada konflik polisi dalam sektor perumahan di mana terdapat tekanan untuk bank pusat mengetatkan polisi bagi menyerap kenaikan harga hartanah dan spekulasi dalam sektor ini.

Dalam data berasingan, jualan runcit di Kanada meningkat 0.7% pada Mac berbanding jangkaan kenaikan 0.4%. Manakala dalam tempoh 12 bulan sehingga Mac 2017 menunjukkan kenaikan 6.9%.

Secara keseluruhan, jualan runcit banyak disokong oleh kukuhnya pertumbuhan dan ia tidaklah memberi kesan yang banyak kepada polisi monetari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat