Inflasi Zon-Eropah Meningkat Pada November

38

Inflasi Zon-Eropah meningkat pada November dengan indeks harga pengguna (Consumer Price Index, CPI) naik ke paras 1.5% daripada 1.4% sebelum ini.

Kadar inflasi ini masih lagi berada di bawah sasaran 2% dan masih belum menyokong kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur.

Inflasi teras (Core-Inflation) yang tidak mengambil kira harga tenaga dan makanan masih kekal di paras 0.9% seperti bulan sebelum ini. Jangkaan pasaran untuk data kali ini adalah 1.0%.

Kadar pengangguran pula mencapai paras terendah sejak 2009 di paras 8.8%.

Semasa krisis kewangan 2008, ECB terpaksa menggunakan semua alat polisi monetari bagi menaikkan semula pertumbuhan. Bank pusat telah menurunkan kadar faedah sehingga ke paras negatif.

Dengan penggunaan segala alat monetari yang ada, kini usaha yang dijalankan sejak dulu telah membuahkan hasil.

Namun, inflasi-teras (Core-inflation) dijangka akan masih bergerak di bawah 1% beberapa bulan akan datang dengan unjuran ECB menunjukkan pertumbuhan harga hanya akan mencapai 1.5% pada 2019.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat