Inflasi Zon-Eropah Naik 2.10% Lebih Daripada Jangkaan

436

Inflasi Zon-Eropah meningkat di luar jangkaan pada bulan Julai menguatkan lagi potensi untuk European Central Bank (ECB) menamatkan program pembelian aset pada tahun ini.

Bacaan inflasi (CPI) meningkat 2.10% pada Julai lebih tinggi berbanding 2.00% yang direkodkan sebelum ini.

Bacaan inflasi-teras (Core-CPI) yang tidak mengambil kira perubahan harga barangan volatile (turun-naik) seperti tenaga dan makanan meningkat 1.10% daripada 0.90% sebelum ini.

Untuk pengatahuan anda, sasaran inflasi ECB adalah di sekitar 2.00%.

Minggu lalu, bank pusat Eropah itu mengekalkan kadar faedah dan mengesahkan perancangan untuk menamatkan program pembelian bon pada penghujung Disember, namun komen yang diberikan secara keseluruhan sebagai ‘dovish‘.

Presiden European Central Bank (ECB), Mario Draghi pada Khamis menegaskan kadar faedah sifar bank pusat itu akan kekal sehingga akhir musim panas tahun depan.Melalui komen ini, maka jelas lah ia sebagai satu komen yang dovish jika dibandingkan dengan jangkaan pasaran yang menjangka kenaikan kadar faedah pada bulan September 2019.

Draghi dalam sidang media menyatakan Eropah masih memerlukan “rangsangan dasar monetari yang signifikan” walaupun telah mengumumkan perancangan untuk menamatkan program pembelian bon pada penghujung tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat