Inflasi Zon-Eropah Sah Diparas Tertinggi Sejak 38-Bulan Lepas

34

Bacaan akhir harga pengguna (Consumer Price Index, CPI) bagi Zon-Eropah sejajar dengan bacaan awal yang dikeluarkan pada awal Januari dan jangkaan pasaran di paras 1.10%.

Bacaan akhir harga pengguna kali ini meningkat 0.50% pada Disember dengan inflasi tahunan meningkat ke paras 1.10% dari 0.60% sebelum ini, dan lebih tinggi dari bacaan yang direkodkan pada Disember 2015 yang hanya naik 0.20%. Bacaan kali ini adalah yang tertinggi sejak Oktober 2013.

Manakala inflasi teras (Core-CPI) naik 0.40% pada bulan sama dengan bacaan tahunan (year-on-year) naik 0.90% dari 0.80%  sebelum ini, dan tidak berubah dari bacaan pada tempoh sama 2015.

Terdapat impak yang signifikan oleh ‘base effect‘ dalam jangka pendek dengan harga pengguna susut 1.4% pada Januari 2016. Walaupun harga akan jatuh pada Januari disebabkan musim perayaan, tetapi bacaan tahunan berpotensi naik sebanyak 1.50%.

Walaubagaimanapun, masih tiada kenaikan signifikan dalam inflasi-teras (core inflation) dan ECB berkemungkinan besar akan mengubah polisi jika inflasi menghampiri 2.00%. Pasaran akan memberi perhatian kepada komen Draghi pada malam ini dalm sidang media penetapan kadar ECB.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat