Ingat Nak Jatuh, Rupanya EUR/USD Lantun Naik Balik Ke Paras $1.0600

284

US dolar menutup dagangan pada sesi terakhir minggu lalu dengan paparkan penyusutan walaupun data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang telah diterbitkan sepanjang minggu adalah baik.

Minggu ini tumpuan akan terarah kepada keputusan mesyuarat FOMC untuk melihat penetapan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) dan juga kenyataan terbaru yang akan dilontarkan oleh Pengerusi Jerome Powell.

Juga di penghujung minggu ini, pelabur akan berwaspada menantikan terbitan laporan data pekerjaan NFP AS dengan ramalan untuk bulan Oktober yang sedikit suram.

Meneliti carta pergerakan harga pasangan mata wang EUR/USD, lonjakan harga diperhatikan pada sesi New York Jumaat lalu.

Harga yang turun ke sekitar 1.05400 telah melantun naik hampir menyentuh paras rintangan pada 1.06000 sebelum berundur sedikit pada penutupan dagangan sesi tersebut.

Di sesi Eropah sebentar lagi, pelabur akan memantau data inflasi Jerman yang akan diterbitkan dan dijangka akan mempengaruhi pergerakan mata wang Euro.

Menyambung dagangan pada pembukaan awal minggu ini, harga perlahan di sekitar 1.05600 dan dilihat mendatar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Jika kenaikan pada awal minggu ini berlaku, harga akan menguji sekali lagi rintangan 1.06000 dan jika berjaya menembusi, kenaikan lebih tinggi akan diteruskan.

Mengekalkan pergerakan trend bullish menjangkakan untuk harga mencapai semula sehingga ke paras ketinggian 1.07000 yang hampir disentuh minggu lalu.

Sebaliknya jika harga paparkan terjunan lebih rendah di bawah paras sokongan MA50, penurunan harga bakal mensasarkan untuk menuju 1.05000 dan menguji support tersebut.

Jika tembus lebih rendah, tumpuan akan beralih pada zon 1.04500 yang telah dicecah pada dagangan awal Oktober yang lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat