Ini Antara Sebab Harga Minyak Mentah Jatuh Mendadak Semalam

64

Sesi dagangan semalam pada Selasa, menyaksikan harga minyak mentah global terpantul semula dari paras tertinggi 18 bulan lepas yang dipengaruhi oleh penguatan US dolar dan kebimbangan peningkatan pengeluaran oleh Libya.

Dalam sesi Eropah semalam, harga minyak global melonjak sehingga mencapai paras tertinggi dengan minyak WTI mencapai $55.24 setong dan minyak Brent (Brent-oil) mencapai $58.37 setong sebelum jatuh mendadak masing-masing ke paras terendah Selasa di $52.11 setong dan $55.30 setong.

Penguatan US dolar menyumbang kepada kejatuhan ini dengan Indeks US dolar yang mengira kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain dilihat meningkat ke paras tertinggi tahun 2002.

Kenapa pula US dolar naik, harga minyak turun?

Nilai US dolar yang lebih tinggi akan mengurangka permintaan kepada asset yang denominated dalam US dolar, seperti minyak mentah. Denominated di sini bermaksud, nilai harga minyak itu dalam US dolar, sama juga apabila pelabur luar ingin membeli saham di Malaysia contohnya saham Petronas yang mana saham itu dalam nilai Ringgit Malaysia.

Laporan Bloomberg sebelum ini juga meningkatkan kebimbangan kepada para pedagang, yang menunjukkan Libya merancang untuk mengeksport 1.9 juta tong bulan ini. Dalam laporan yang berlainan pada Ahad, Libya dilapor meningkatkan pengeluaran pada Disember kepada 685,000 tong sehari dari jumlah 600,000 sebelum ini.

Manakala pengeluaran dari Rusia, tidak berubah dari 11.21 juta tong sehari pada Disember. Sebelum ini Rusia merancang memotong 300,000 tong sehari dalam perjanjian sebelum ini.

Ketika ini, harga minyak didagangkan di sekitar harga penutup Selasa, dengan minyak WTI ketika ini berada di paras $52.57 setong, manakala minyak Brent (Brent-oil) di paras $55.7 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat