Ini Arah Pergerakan USD Selepas Data NFP AS Yang Kuat!

645

Permulaan dagangan awal minggu dihiasi oleh pengukuhan US dolar setelah disokong oleh bacaan yang lebih kuat dalam laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.

Ekonomi AS tanpa dijangka telah menambah sebanyak 531,000 pekerjaan pada bulan Oktober, lebih baik dari jangkaan kenaikan sebanyak 455,000 pekerjaan. Bukan itu sahaja, malah bacaan yang disemak semula pada September juga menunjukkan peningkatan lebih tinggi berbanding sebelumnya dengan catatan sebanyak 312,000.

Kadar pengangguran AS juga terus menunjukkan penurunan dengan menurun pada 4.6% berbanding bacaan sebelumnya pada 4.8%. Ini secara tidak langsung memberi indikasi bahawa pasaran buruh telah mula memaparkan pemulihan setelah terkesan dengan varian delta baru-baru ini.

Ketika penulisan, indeks dolar diniagakan menguat pada 94.30 berbanding sekumpulan matawang utama, tidak jauh dari paras ketinggian setahun yang dicapainya pada Jumaat lepas, pada 94.60.

Setelah menyentuh paras tertinggi 15 bulan berbanding euro susulan data pekerjaan AS yang kuat pada hari Jumaat, US dolar didagangkan stabil pada 1.1555 ketika sesi Asia.

Perhatian pelabur kini beralih pula kepada pengeluaran data inflasi AS pada minggu ini yang dijangka akan meningkat 5.8% tahun ke tahun, yang pastinya akan menjadi cabaran besar buat Federal Reserve (Fed) untuk terus bersabar dengan kenaikan kadar faedah.

Matawang pound, yang jatuh ke tahap terendah lima minggu susulan kekecewaan terhadap keputusan Bank Pusat England (BOE) untuk mengekalkan kadar faedah, sedikit meningkat pada 1.3480 berbanding US dolar.

Sementara matawang sensitif risiko pula, kekal didagangkan lemah berbanding US dolar, dengan dolar Aussie berlegar sekitar paras terendah tiga minggu dan dolar kiwi pula di tahap terendah dua minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat