Ini Dua Data Penting Yang Menghiasi Dagangan AUD Dan NZD

535

Khamis, menjadi hari yang sangat ‘sibuk’ bagi pasaran matawang yang dipenuhi dengan data-data ekonomi dan mesyuarat polisi bank pusat utama.

Antara tumpuan pasaran pada sesi Asia hari ini adalah penerbitan data ekonomi New Zealand dan laporan pekerjaan Australia yang menjadi penggerak kepada kedua-dua matawang.

Dolar Aussie didagangkan sedikit lebih tinggi susulan data pekerjaan yang memberangsangkan. Ekonomi Australia telah menambah sebanyak 366,100 pekerjaan pada bulan November, mendorong kadar pengangguan turun ketara kepada 4.6% daripada 5.2%.

Bacaan ini dilihat sangat positif memandangkan Bank Pusat Australia (RBA) sebelum ini meramalkan kadar pengangguran tidak akan mencapai tahap 4.5% sehingga pertengahan tahun hadapan.

Hasil bon 3 tahun Australia naik ke tahap tertinggi satu minggu, disokong oleh harapan pasaran bahawa RBA akan mula mengurangkan atau menamatkan sepenuhnya program pembelian bon pada Februari 2022.

Sementara itu, dolar kiwi didagangkan sedikit suram berikutan penguncupan yang dicatatkan dalam pertumbuhan ekonomi New Zealand pada suku ketiga selepas terkesan dengan penutupan yang dilaksanakan bagi membendung penularan varian Delta.

Bagaimanapun, penguncupan yang dicatatkan lebih baik daripada dijangkakan dengan menyusut sebanyak 3.4% berbanding jangkaan untuk merosot 4.1%. Pertumbuhan ekonomi susut ketara daripada 2.4% yang disemak semula pada suku sebelumnya.

Secara keseluruhannya, kedua-dua matawang dilihat masih mengekalkan sebahagian daripada keuntungan yang diraih daripada kemerosotan US dolar susulan keputusan mesyuarat polisi FOMC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat