Ini isi ucapan Mark Carney petang tadi yang semua forex trader mesti tahu

65

Selain daripada respon BOE terhadap isu Brexit, ini adalah perkara yang ditekankan ketika ucapan Mark Carney jam 5.00pm waktu Malaysia sebentar tadi.

Meminta Perjumpaan Peribadi dengan George Osborne

Gabenor Bank of England (BOE) menegaskan bahawa amat penting untuk beliau dapat berbincang dengan Cancelor George Osborne secara peribadi tentang isu masa depan UK.

Siapa George Osborne? baca di sini.

Beliau menafikan tuduhan sebelum-sebelum ini yang mengatakan BOE cuba untuk menakutkan ramai orang tentang kesan negatif undi Brexit ke atas ekonomi UK.

Ia sebenarnya menjadi tanggungjawab kami untuk memberi penilaian terhadap perkara ini dan ia adalah kewajipan kami.

Beliau juga menegaskan jika BOE nampak ada perkara yang berikan kesan besar ke pada risiko ekonomi UK, mereka patut beritahu parlimen dan juga rakyat UK secara terus.

Nota Mesyuarat Rahsia?

Ditanya oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas, Andrew Tyrie tentang “private meeting” dengan Osborne, beliau berat hati tetapi bersetuju untuk nota mesyuarat diambil dan dicatat, serta diniliai oleh setiausaha swasta atau diperiksa oleh mana-mana pihak walaupun beliau menegaskan beliau mahu mesyuarat peribadi. “Lebih Rahsia”!

Tim MoshedFX difahamkan beliau mahu rahsia sebab tidak mahu ada situasi yang tiba-tiba perbincangannya ada direkod dan disebar atau di”tweet” di media sosial dan akan menyebabkan kesan yang tidak bagus kepada kestabilan ekonomi.

Tetapi nampaknya perkara yang beliau cakapkan mungkin terhad, tidak termasuk tentang isu “kadar faedah”(interest rates) kerana pada Khamis nanti Jawatankuasa Dasar Kewangan (MPC) akan memutuskan tentang rates tersebut.

Ramai yang menjangkakan Interest Rate mungkin dipotong dari 0.5% ke 0.25% untuk menggalakkan perkembangan ekonomi.

Keputusan Interest Rates ini dijadualkan pada Hari Khamis jam 7.00 PM waktu Malaysia.(penting, jangan lupa!)
Aliran Tunai

Encik Carney juga terus ditanya tentang bagaimana pengurusan “cash buffer” untuk bank. Aliran tunai atau “Cash Buffer” adalah nilai tunai yang disimpan pada “masa senang” dan digunakan sebagai “emergency fund” ketika masa susah oleh bank-bank.

Pengurangan “simpanan untuk cash buffer” ini akan membolehkan bank-bank meningkatkan memberikan pinjaman kredit kepada 150 billion Pound.

Tetapi Mark Carney menegaskan bahawa memberikan lebih banyak pinjaman akan meningkatkan risiko kerana ekonomi sekarang berada di dalam ketidakpastian.

Nampaknya pinjaman kepada rakyat UK sama ada untuk rumah atau bisnes mungkin diperketatkan.

Tetapi beliau mengatakan yang bank-bank UK masih cukup modal. “Well Capitalized”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat