Ini Kejutan Boris Johnson Buat Trader GBP Di Sesi Eropah!

638

Perdana Menteri UK Boris Johnson bersedia untuk menarik diri daripada rundingan perdagangan Brexit kecuali Kesatuan Eropah (EU) bersetuju untuk tidak mengikut tuntutannya, lapor The Sun.

PM Johnson dikatakan akan memberitahu EU pada hari ini, bahawa beliau tidak akan berubah daripada pendirian UK yang tegas menentang tuntutan Brussels yang dianggap keterlaluan.

Pasangan matawang pound berbanding US dolar mencatatkan kejatuhan ketara sekitar 150 pips sebaik sahaja laporan tersebut diterbitkan dengan didagangkan di paras harga 1.3240.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas ketua perunding Brexit, Michel Barnier mengesahkan kepada duta-duta besar EU bahawa tiga isu utama mengenai perikanan, persaingan adil dan tadbir urus masih belum dapat diselesaikan.

Terdahulu, terdapat dakwaan daripada sumber EU, yang mengatakan kedua-dua pihak telah mencapai kejayaan besar dalam isu perikanan, namun kenyataan tersebut ditentang oleh kerajaan UK.

Boris Johnson dijangka akan bercakap dengan Presiden Suruhanjaya EU, Ursula von der Leyen pada malam ini untuk mencuba dan mencapai penyelesaian politik bagi isu-isu yang masih belum selesai.

Dalam pada itu, Menteri Luar Ireland, Simon Coveney mengatakan bahawa Michel Barnier memberi penilaian yang sangat suram mengenai prospek perjanjian kepada duta-duta besar EU.

Hal ini sekali gus mendorong dagangan matawang pound untuk jatuh lebih rendah ke paras terendah 2 minggu berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat