Ini Pergerakan Matawang Eropah Di Tengah Kesuraman USD

861

Permulaan dagangan sesi Eropah menyaksikan US dolar bergelut mencari sokongan untuk meningkat lebih tinggi berbanding kebanyakan matawang utama.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang meningkat telah membantu dolar greenback untuk mencatatkan sedikit kenaikan, namun masih belum cukup kuat untuk mendorong peningkatan lebih tinggi.

Berbanding enam matawang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan sedikit berubah pada 92.22.

Matawang euro kekal didagangkan stabil di sekitar paras harga 1.18700, dengan pergerakan harga sedikit terkesan dengan bacaan data sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW yang kurang memberangsangkan.

Indeks sentimen ekonomi Jerman susut lebih rendah daripada jangkaan kepada 26.5 pada bulan September, berbanding unjuran untuk meningkat 30.2, dan jatuh dari bacaan sebelumnya pada 40.4.

Sementara itu, matawang pound pula menyusut, gagal menfaatkan kenyataan hawkish pembuat dasar Bank Pusat England (BOE), Michael Saunders yang mengatakan bank pusat perlu meningkatkan kadar faedah pada tahun depan sekiranya pertumbuhan berterusan dan inflasi semakin meningkat.

Pertikaian yang berlarutan mengenai protokol Ireland Utara, nampaknya telah menekan dagangan pound. Dalam perkembangan terbaru, UK melanjutkan tempoh ‘grace period’ untuk pelaksanaan pemeriksaan di sempadan Ireland Utara bagi memberi lebih banyak ruang kepada Britain dan Kesatuan Eropah (EU) untuk berbincang mengenai protokol tersebut.

Walau bagaimanapun, EU tegas mengulangi pendiriannya yang enggan untuk mengadakan rundingan semula.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat