Lima Peristiwa Ekonomi Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Minggu Ini

94

Komen dari ahli-ahli The Fed akan diteliti minggu ini sama ada terdapat usaha untuk mempengaruhi jangkaan pasaran selepas penetapan kadar minggu lalu.

Tiga ahli The Fed dijangka akan berucap pada Isnin iaitu William Dudley, Evans dan Harker.

Komen dari bank-bank pusat global juga akan diteliti, sama ada mereka juga cenderung kepada pengetatan polisi berikutan keyakinan di Amerika Syarikat.

Selain itu, perkembangan politik di US juga akan terus diteliti dengan Special Counsel, Mueller kini dikhabarkan sedang menyiasat Presiden Trump.

Tidak banyak kalendar ekonomi berimpak tinggi minggu ini, dan berikut merupakan lima pristiwa yang akan diberi perhatian oleh pasaran.

  • Rundingan Brexit (Isnin, 19 Jun)

Rundingan Brexit antara UK dan EU akan bermula pada hari ini, 19 Jun. Namun, keputusan pilihanraya umum sebelum ini telah menyebabkan ketidaktentuan terhadap pihak UK dalam rundingan.

UK mahu keluar dari Kesatuan, dalam masa sama mahu mengakses Pasaran Tunggal dengan perjanjian perdagangan bebas di mana ia telah dibantah oleh negara-negara EU yang lain sebelum ini.

Ini adalah peristiwa penting yang perlu diberi perhatian kususnya kepada peminat matawang Euro dan Gbp.

  • Data jualan rumah Amerika Syarikat (Rabu, 21 Jun)

Data jualan rumah US ini penting kerana keyakinan yang semakin merosot dalam pasaran perumahan sejak beberapa minggu lalu dengan data permit bangunan (building permit) dan permulaan pembinaan (housing starts) yang lemah daripada jangkaan dan juga bacaan terendah pada 2017.

Bank pusat mengekalkan keyakinan dalam penetapan polisi terbaru, tetapi data jualan runcit minggu lalu menunjukkan perbelanjaan domestik yang semakin lemah. Jika jualan perumahan juga lemah dari jangkaan, keyakinan dalam sektor pembinaan juga akan semakin lemah.

  • Penetapan polisi Reserve Bank of New Zealand, RBNZ (Khamis, 22 Jun)

Bank pusat ini akan mengumumkan kadar faedah dan kenyataannya pukul 4 pagi Khamis. Dalam mesyuarat sebelum ini kadar faedah dikekalkan di mana pasaran sekali lagi menjangka ia akan dikekalkan pada Khamis.

Terdapat juga spekulasi bahawa bank pusat akan cenderung kepada polisi pengetatan.

Data ekonomi secara umumnya positif sejak akhir-akhir ini dengan bacaan yang lebih kukuh daripada jangkaan dengan harga produk tenusu juga terus meningkat. Namun, data pertumbuhan (GDP) lemah daripada jangkaan.

  • Harga Pengguna, CPI Kanada (Jumaat, 23 Jun)

Data terbaru ini akan dikeluarkan pukul 8.30 malam pada Jumaat. Komen terbaru dari Gabenor Poloz dan Timbalan Gabenor Wilkins lebih hawkish dari jangkaan pasaran dengan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi dan juga menimbulkan persoalan sama ada polisi semasa yang akomodatif masih diperlukan.

Namun, bank pusat masih menjangka bacaan inflasi kekal rendah dalam jangka pendek sebelum menaikkannya dalam tempoh jangka sederhana.

  • Data PMI Zon-Eropah (Jumaat, 23 Jun)

Data ini akan dikeluarkan pukul 4 petang di mana data-data dari Jerman dan Perancis akan dikeluarkan sejam sebelum itu.

Data indeks PMI bulan Mei menunjukkan pengukuhan berterusan dan prestasi ekonomi Zon Eropah yang menggalakkan dengan indeks komposit mencapai paras tertinggi enam tahun lalu.

Data terbaru pada Jun, adalah penting untuk melihat momentum ekonomi sama ada berterusan atau pun sebaliknya. Ia juga akan memberi impak signifikan kepada polisi monetari ECB.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat