Ini Petanda Untuk USD/CAD Turun Lebih Rendah

480

Pasaran minyak mentah dilihat semakin menunjukkan perkembangan baik dengan kenaikan pada harga minyak ke paras tertinggi sejak Mac lalu.

Hal ini adalah berikutan unjuran optimis terhadap permintaan minyak mentah global selepas keyakinan pasaran susulan laporan positif berterusan mengenai vaksin Coronavirus yang dilihat akan memberi kesan pemulihan ekonomi.

Dengan itu juga, dolar Kanada menerima tempias positif untuk mengukuh dalam pasaran ekoran minyak mentah adalah eksport utama Kanada.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD, dolar Kanada berjaya memberi tekanan terhadap US dolar dengan menekan harga ke paras lebih rendah pada dagangan semalam.

Sebelum ini harga telah bergerak mendatar di bawah paras 1.31000 namun pada dagangan Selasa semalam, harga telah berjaya turun ke paras terendah terbaru 2 minggu mencecah ke paras tumpuan 1.30000.

Di samping itu juga, penyusutan US dolar turut mendorong harga untuk didagangkan ke paras lebih rendah pada minggu ini.

Sesi Asia pagi ini melihatkan harga bergerak mendatar di bawah paras 1.30000, namun mula menunjukkan kenaikan di awal sesi Eropah dan bakal menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga untuk isyarat arah harga selanjutnya.

Jika harga kembali menyambung penurunan semula, paras lebih rendah yang bakal dituju oleh harga dilihat pada sekitar paras support 1.29300 sebelum ke paras tumpuan 1.29000.

Sekiranya harga berjaya membuat kenaikan melepasi halangan dinamik MA50, kenaikan lebih tinggi akan kembali semula menguji rintangan 1.31000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat