Ini Respond Pasaran Matawang Terhadap Pertemuan Theresa May dan Donald Trump!

83

US Dollar mula meraih keuntungan dalam sesi Asia pada Jumaat sementara menanti ucapan seterusnya dari Trump berhubung dengan dasar perdagangan dan data KDNK keempat dari AS.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.12 peratus kepada 100.64.

USD/JPY berubah kepada 114.94, meningkat sebanyak 0.34 peratus manakala GBP/USD menjunam sebanyak 0.29 peratus berikutan Perdana Menteri Britain, Theresa May dikatakan telah tiba di Amerika Syarikat bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden Donald Trump bagi kepentingan perdagangan.

Dalam sesi ini juga, AUD/USD merosot sebanyak 0.04 peratus kepada 0.7533.

Di Jepun, data CPI dilaporkan meningkat sebanyak 0.2 peratus bagi bulan Disember berbanding jangkaan sebanyak 0.3 peratus.

Manakala di Australia, data PPI menunjukkan keuntungan sebanyak 0.5 peratus pada suku keempat, lebih tinggi dari kenaikan yang dijangka.

Semalam, US Dollar kembali pada landasan yang betul berikutan sokongan daripada prospek potongan cukai dan dasar perdagangan oleh Donald Trump.

Perang media sosial diantara Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto mengenai tembok sempadan yang akan dibina juga telah mengakibatkan pembatalan pertemuan dengan Presiden Donald Trump dan menyebabkan US Dollar terus membenam Peso Mexico.

Peso jatuh sebanyak 1.1 peratus berbanding US Dollar sebelum ini, namun kembali pulih pada lewat sesi dagangan.

Selain itu, Jabatan Perdagangan AS turut melaporkan bahawa jualan rumah baru menjunam sebanyak 10.4 peratus pada bulan lepas.

Laporan itu dikeluarkan selepas tuntutan awal pengangguran meningkat sebanyak 22,000 pada minggu berakhir 21 Januari sehingga 259,000 daripada jumlah minggu sebelumnya.

Kelemahan Logam Berharga Wajar diberi Tumpuan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat