Logam berharga didagang lebih rendah dalam sesi Asia dengan tumpuan yang masih diberikan kepada data KDNK suku keempat dari AS dengan sesi dagangan yang agak tenang kerana bercuti panjang.
Emas bagi penghantaran Februari di Comex menjunam sebanyak 0.4 peratus kepada $1,183.40 satu troy ounce. Juga di Comex, silver futures mencatatkan penurunan sebanyak 0.75 peratus manakala copper futures didagang meningkat sebanyak 0.88 peratus. Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina di China telah bermula hari ini dan akan berakhir pada Khamis depan.
Di Asia, Jepun melaporkan data CPI meningkat sebanyak 0.2 peratus di bawah jangkaan sebanyak 0.3 peratus. Sementara itu di Australia, angka PPI menunjukkan lonjakan sebanyak 0.5 peratus.
Semalam, harga emas merosot dan copper mengalami kejatuhan mendadak kerana selera pelabur beralih dari logam berharga kepada ekuiti.
Sebelum itu, harga emas tenggelam kepada paras terendah dalam dagangan sesi New York apabila US Dollar meningkat lebih tinggi walaupun kebimbangan terhadap dasar Trump masih menyelubungi pasaran.
Perjanjian Perdagangan AS : Jepun Telah Bersedia Untuk Menghadapi Sebarang Kemungkinan!