Ini Sebab ‘Gap-Down’ & Kejatuhan Matawang GBP Sejak Pagi Tadi

102

Pemain pasaran memulakan dagangan minggu ini dengan melihat kejatuhan Sterling (GBP) sejak sesi awal Asia. GBP melemah secara menyeluruh dengan GBP/USD setakat ini jatuh hampir 100 pip dari paras penutup harga minggu lalu.

Terdapat gap-down dalam pasangan-pasangan (pairs) matawang GBP yang disebabkan berita hujung minggu lalu melaporkan seramai 40 orang ahli Parlimen parti Theresa May (Konservatif) bersetuju untuk membuat undi tidak percaya kepada Perdana Menteri UK itu.

Dalam masa yang sama ketua perunding Brexit bagi pihak EU, Michael Barnier pula mengatakan ahli-ahli EU dan perniagaan perlu bersedia dengan kegagalan rundingan Brexit. Ini menambah lagi ketidaktentuan (uncertainty) dalam rundingan tersebut.

Ketua perunding UK, David Davis pula enggan mematuhi tarikh akhir dua minggu yang diberikan oleh Barnier dengan memberi amaran bahawa tiada nombor atau formula yang akan diberikan dalam Brexit.

Laporan sebilangan ahli parlimen yang mahu membuat undi tidak percaya kepada Theresa May menunjukkan ahli-ahli Konservatif yang semakin hilang sabar dengan kepimpinan beliau. Jika terdapat lapan lagi ahli parlimen menyertai pakatan ini, undian rasmi ‘tidak percaya’ kepada May akan benar-benar berlaku.

Sudah tentu perkara ini adalah negatif kepada GBP kerana ia menyebabkan ketidaktentuan dalam rundingan Brexit. Jika kepimpinan politik di UK berubah, ia akan mengubah halatuju rundingan dan mungkin akan menjadikan ia tertangguh lebih lama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat