Ini Sebab Kenaikan Kadar FOMC Pada Jun Adalah Yang Terakhir Tahun Ini

61

Jangkaan inflasi US meleset bulan lalu dengan satu petunjuk utama mencapai paras terendah sejak awal 2016 menurut Federal Reserve cawangan New York.

Tinjauan terhadap jangkaan pengguna merupakan petunjuk ekonomi yang semakin penting bagi The Fed di mana jangkaan inflasi tiga tahun ke hadapan jatuh kepada 2.47% bulan lalu berbanding 2.91% pada April. Hal ini bermakna anggaran ini jatuh ke paras terendah 16 bulan lalu selepas ia bergerak di sekitar paras tertinggi enam bulan lepas.

Manakala dari tahun ke tahun atau dalam tempoh 12 bulan sehingga Mei, bacaan jatuh kepada 2.59% berbanding 2.79% pada April. The Fed cawangan New York mengatakan “ketidaktentuan inflasi” di kalangan responden kekal rendah.

Kejatuhan mendadak ini dipandu oleh responden muda yang menunjukkan isyarat kelemahan inflasi boleh berkembang dan memperlahankan perancangan bank pusat untuk menaikkan kadar faedah tiga kali setiap tahun.

Federal Reserve dijangka menaikkan kadarnya minggu ini, kenaikan ketiga dalam masa enam bulan. Kini pasaran dilihat tidak seyakin dulu untuk bank pusat menaikkan kadar sehingga tiga kali tahun ini. Hal ini disebabkan harga pengguna (CPI) yang mengecewakan selama dua bulan dan data inflasi pilihan bank pusat yang terus jatuh di bawah sasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat