Ini Sebab Lonjakan US Dolar, Harga Pengguna A.S. Naik Melebihi Jangkaan

1,458

Nilai US dolar melonjak berbanding matawang-matawang utama yang lain pada Rabu selepas data inflasi CPI Amerika Syarikat dikeluarkan pukul 9.30 malam tadi.

Harga pengguna (CPI) naik melebihi jangkaan pada Januari sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa The Fed akan lebih aggresif menaikkan kadar faedah pada tahun ini.

Harga pengguna (CPI) naik 0.5% bulan lalu melebihi ramalan kenaikan 0.3% dan bacaan sebelum ini pada Disember. Dari segi tahunan, harga pengguna naik 2.1% melebihi jangkaan 1.9%.

Untuk Core-CPI yang tidak mengambil kira harga barangan makanan dan tenaga pula meningkat 0.3% berbanding jangkaan 0.2%. Sebelum ini Core-CPI mencatatkan bacaan 0.2% pada Disember.

Dengan bacaan inflasi yang meningkat tinggi kepada 0.5% bulan lalu, ternyata tekanan inflasi di Amerika Syarikat naik dengan tidak dijangka. Hal ini sekaligus menyebabkan lonjakan matawang US dolar sejak pukul 9.30 malam tadi.

USD/CAD setakat ini telah naik sehingga 78 pip, EUR/USD jatuh 75 pip, AUD/USD dan NZD/USD masing-masing jatuh 90 pip dan 85 pip. Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain setakat ini naik 0.33%.

Dengan kelemahan US dolar sejak Isnin, data inflasi ini dilihat membawa sentimen positif kepada matawang greenback ketika ini. Kenaikan inflasi juga menyumbang sentimen positif kepada pengetatan polisi The Fed tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat