Ini Sebab USD Gagal Sambung Pengukuhan!

438

Sentimen pasaran bertambah baik menuju dagangan hujung minggu, menyaksikan kebanyakan mata wang utama didagangkan positif pada sesi Asia.

Ini susulan langkah 11 bank terbesar Amerika Syarikat yang mengumumkan deposit $30 bilion ke dalam First Republic Bank untuk meredakan kebimbangan pasaran.

Pun begitu, secara umumnya pergerakan yang dipaparkan dagangan mata wang adalah terhad, berbeza dengan pasaran saham yang menunjukkan perubahan ketara.

US dolar merosot di tengah-tengah kebimbangan yang semakin mereda mengenai krisis perbankan global, gagal memanfaatkan bacaan tuntutan pengangguran AS yang lebih kukuh daripada jangkaan pada minggu lepas.

Pasaran kini meletakkan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan meningkatkan kadar sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat polisi minggu depan.

Bagaimanapun, terdapat juga kebarangkalian untuk bank pusat itu akan mengekalkan kadar tidak berubah disebabkan faktor isu semasa.

Mata wang euro sedikit berubah selepas Bank Pusat Eropah (ECB) mengabaikan krisis semasa untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat polisi terbarunya kepada 3.50%.

ECB mengatakan inflasi dijangka akan kekal tinggi untuk tempoh yang lebih lama, dan para penggubal dasar sedang meneliti perkembangan dalam isu semasa.

Sementara itu, mata wang pound terus berusaha untuk mencatatkan pemulihan berbanding greenback walaupun dengan kenaikan yang sederhana.

Di sisi lain, dolar kiwi mengetepikan bacaan mengecewakan dalam data pertumbuhan ekonominya untuk kembali meningkat, dan dolar Aussie pula terus mendapat sokongan daripada laporan pekerjaan Australia yang lebih kukuh.

Mata wang yen pula susut berbanding mata wang utama lain, tetapi kekal kuat berbanding US dolar.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat