Ini Sentimen Semasa Bagi Matawang Euro, GBP & CAD

66

US Dolar melemah pada Jumaat selepas laporan Wallstreet Journal tentang penyiasatan potensi gangguan pihak Rusia terhadap pilihanraya U.S. tahun lalu. Pihak penyiasat telah mengeluarkan ‘sapina’ atau arahan undang-undang kepada kempen pilihanraya Presiden Trump. Ini adalah sentimen yang melemahkan US Dolar sejak pagi tadi.

Berikut adalah sentimen terhadap matawang Euro, GBP dan CAD pada hari ini.

Euro

Apabila terdapat kelemahan kepada matawang USD, biasanya Euro akan mengukuh. Namun, pengukuhan euro bukanlah hanya disebabkan kelemahan matawang US dolar sahaja, tetapi ia juga adalah kerana prestasi ekonomi yang meyakinkan dan juga komen-komen oleh ahli ECB yang positif terhadap pengetatan polisi ECB sejak Rabu.

GBP

Terdapat juga kelemahan matawang GBP yang agak ketara disebabkan oleh ketidaktentuan rundingan Brexit. Komen ketua perunding UK, Davis beberapa jam lepas menunjukkan ada halangan terhadap kemajuan dalam rundingan oleh Perancis dan Jerman. Di samping itu, beliau juga menegaskan banyak negara EU yang mahu rundingan perdagangan dipercepatkan. Dalam konteks ini, dua kuasa besar dalam EU iaitu Jerman dan Perancis mungkin menyukarkan rundingan seperti yang dikatakan oleh Davis.

CAD

Data terbaru harga pengguna (CPI) Kanada meleset daripada jangkaan jika dilihat dalam bacaan tahunan (y/y). Data bulanan yang dikeluarkan merekod kenaikan 0.1% sejajar dengan jangkaan. Manakala bacaan tahunan adalah 1.4% meleset daripada ramalan pasaran 1.6%. Ini telah menyebabkan kejatuhan dolar Kanada selepas data dikeluarkan pukul 9.30 malam pada Jumaat.

Namun, terdapat sedikit pengukuhan matawang Kanada yang disokong oleh kenaikan harga minyak mentah, di mana kita melihat pengukuhan CAD berbanding dengan matawang seperti NZD dan AUD.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat