Ini yang Anda Mesti Tahu Menjelang Penetapan Kadar Bank Pusat Britain

67

Satu lagi peristiwa besar (big-event) akan berlaku malam ini Khamis, 3 Nov, pukul 8.00 malam, Bank of England (Bank Pusat Britain) melalui Monetary Policy Committee (Jawatankuasa Polisi Monetari) akan mengumumkan kadar faedah dan program pembelian bon.

Kadar faedah telah diturunkan pada Ogos lepas daripada 0.50% kepada 0.25%. Walaupun ekonomi Britain masih dibayangi oleh isu Brexit, namun ada kebarangkalian yang tinggi kadar faedah akan dikekalkan pada mesyuarat malam ini. MPC (Jawatankuasa Polisi Monetari) dijangka akan meyakinkan pasaran tentang tren ekonomi Britain menggunakan forward guidance (panduan kehadapan) dalam usaha untuk memberi kepastian kepada pelabur antarabangsa.

Selain itu, kebarangkalian bagi program pembelian bon dihentikan dan kenaikan kadar faedah adalah sangat kecil. Ada potensi, sepanjang pengumuman dan sidang media malam ini akan memberikan volatility (turun-naik) pasaran yang tinggi.

Dalam kenyataan sebelum ini pada September, MPC menyatakan majoriti ahli menjangkakan akan ada pemotongan kadar sebelum hujung tahun 2016 jika prospek ekonomi yang dibuat pada Ogos lepas menepati situasi ekonomi pada masa ini.

Sejak mesyuarat pada Ogos, Pound telah jatuh mendadak sementara indikator ekonomi pada jangka pendek dilihat semakin baik daripada jangkaan contohnya KDNK yang meningkat 0.5% pada suku ketiga berbanding 0.1% pada suku kedua 2016. Pada suku ketiga ekonomi UK berkembang dengan baik. Inflasi yang kukuh disebabkan pound yang rendah dan juga permintaan yang semakin meningkat. Dengan situasi ekonomi semasa ini, kebarangkalian pemotongan kadar adalah rendah.

Pada Oktober lepas, Gabenor Carney menyatakan, bank pusat akan memberikan penjelasan dan kepastian kepada keadaan semasa ekonomi UK. Beliau juga mengatakan pihak bank pusat tetap mengambil berat tentang nilai pound. Dengan permintaan domestik ketika ini yang meyakinkan, Carney juga akan berusaha meyakinkan pelabur antarabangsa untuk menarik pelaburan dan mengekalkan tahap pelaburan yang kukuh di Britain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat