Ini Yang Terjadi Kepada Dagangan Emas Apabila Minit Mesyuarat Fed Dinilai Lebih ‘Hawkish’

45

Momentum emas mula melonjak dalam sesi Asia hari ini apabila para pelabur mula meneliti pengumuman minit oleh Fed semalam untuk potensi kenaikan kadar yang selanjutnya. Dalam masa yang sama, kejatuhan Dollar juga menambah sokongan buat emas dalam sesi ini.

Beberapa pelabur menilai bahawa minit mesyuarat yang dikeluarkan kurang agresif daripada yang dijangkakan bagi menyokong rancangan Presiden Donald Trump untuk mengurangkan cukai dan meningkatkan perbelanjaan. Hal ini memandangkan tinjauan ekonomi telah sedikit berubah sejak Januari.

Walaupun “hawkish” tetapi trader kurang berkeyakinan kerana tidak terdapat nada “segera” untuk kenaikan rate dalam minit Mesyuarat FOMC semalam.

Pasaran juga meneliti dengan lebih dekat perkembangan mesyuarat di antara Presiden Xi dan Trump yang dijadualkan berlangsung di Florida. Di China, data perkhidmatan Caixin PMI bagi bulan Mac dikeluarkan sedikit rendah daripada jangkaan.

Emas bagi penghantaran April di Comex meningkat sebanyak 0.70 peratus kepada $1,257.25 satu troy ounce. Dalam sesi ini juga, niaga copper menjunam sebanyak 0.34 peratus kepada $2,668 sepound.

Semalam, harga emas menyusut kepada paras terendah dalam tempoh sebulan selepas pertumbuhan pekerjaan sektor swasta ADP dicatat positif, lantas memberi sokongan kuat kepada US Dollar.

Niaga emas bergelut untuk menambah keuntungan selepas data ADP melaporkan bahawa sektor swasta menambah 263,000 pekerjaan pada bulan Mac. Angka itu meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan peningkatan sebanyak 187,000 pekerjaan. Perkembangan positif ini secara tidak langsung meningkatkan jangkaan peningkatan data NFP yang akan dikeluarkan Jumaat ini dan menyebabkan dagangan logam berharga agak goyah semalam.

Lambakan Stok di AS Ketika Ini Mempengaruhi Sentimen Keseluruhan Pasaran Minyak Global

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat