Lambakan Stok di AS Ketika Ini Mempengaruhi Sentimen Keseluruhan Pasaran Minyak Global

71

Harga minyak mentah menjunam pada hari Khamis apabila Amerika Syarikat masih menyumbang kepada peningkatan jumlah stok minyak mentah di dalam pasaran walaupun OPEC masih dalam usaha untuk menstabilkan semula pasaran.

Brent mentah yang menjadi penanda aras antarabangsa bagi minyak menjunam sebanyak 27 sen atau 0.5 peratus daripada sesi sebelum ini.

WTI mentah juga menurun sebanyak 29 sen atau sebanyak 0.6 peratus kepada $50.86 setong. Rekod inventori yang agak tinggi menyebabkan komoditi ini menjunam dalam sesi ini.

Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika AS (EIA) melaporkan peningkatan 1.57 juta tong ke dalam inventori minyak pada lewat hari Rabu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan stok minyak mentah AS kepada rekod baru sebanyak 535.5 juta tong.

Pengeluaran minyak mentah di US meningkat sebanyak 52,000 tong sehari kepada 9.2 juta tong, iaitu peningkatan lebih 9 peratus sejak pertengahan 2016.

Stok minyak mentah di Cushing iaitu hub minyak terbesar di AS meningkat sebanyak 1.4 juta tong kepada 69.1 juta tong.

Ole Hansen iaitu ketua strategi komoditi di Saxo Bank memaklumkan bahawa kapasiti minyak mentah di Cushing boleh menyimpan kira-kira 77 juta tong.

Menurut EIA lagi, tahap inventori di Gulf Coast juga direkodkan meningkat sebanyak 2.7 juta tong.

Walau bagaimanapun, lonjakan jumlah permintaan masih boleh mengimbangi kenaikan mendadak stok minyak mentah di AS buat masa ini.

Ketegangan Geopolitik di dalam Pasaran Memberi Ruang Kebangkitan Buat Yen!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat