Ini Yang Terjadi Kepada Matawang Utama Menjelang Pengumuman Data NFP!

62

Matawang gergasi didagang stabil berbanding matawang utama yang lain pada Jumaat menjelang pengumuman data pekerjaan AS. Selain itu, pasaran kekal bersiap sedia untuk pusingan kedua pilihanraya presiden di Perancis.

EUR/USD kekal dalam dagangan stabil pada 1.0981, tidak jauh daripada paras tertinggi dalam tempoh enam bulan iaitu 1.0990.

Matawang tunggal ini melonjak dengan berganda selepas Emmanuel Macron memenangi perdebatan menentang Presiden Marine Le Pen, sekali gus meningkatkan peluang Macron bagi memenangi undian kedua hujung minggu ini.

GBP/USD dinilai sedikit berubah pada 1.2920, tidak jauh daripada bacaan tertinggi dalam sesi sebelumnya.

Sentimen US Dollar juga kekal rapuh apabila data ekonomi yang bercampur-campur diumumkan pada Khamis.

Tumpuan pasaran kini beralih kepada data NFP yang bakal memberi petunjuk lanjut mengenai kekuatan pasaran kerja.

USD/JPY menjunam sebanyak 0.21 peratus kepada 112.23.

Dollar Australia didagang lebih rendah dengan AUD/USD merosot sebanyak 0.42 peratus manakala NZD/USD kekal stabil selepas RBNZ meletakkan jangkaan inflasi kepada 2.2 peratus pada suku kedua daripada 1.9 peratus dalam tempoh tiga bulan sehingga Mac.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang yang lain dikatakan stabil dalam sesi ini.

Nak Dapatkan Petunjuk Prospek Kenaikan Kadar Fed Seterusnya? Ikuti Semua Event Penting Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat