Ini yang Terjadi Kepada Pasaran Global Apabila Stok Minyak AS Masih Menunjukkan Pendakian!

40

Crude oil futures menjunam buat sesi kedua berturut-turut pada Khamis selepas menyentuh paras tertinggi dalam sebulan pada sesi sebelum ini apabila peningkatan pengeluaran minyak mentah dari AS semakin membimbangkan pasaran global.

Penanda aras bagi minyak mentah global iaitu minyak Brent kini menyusut sebanyak 4 sen atau 0.1 peratus untuk $55.82 setong. Brent sebelum ini meningkat kepada $56.65 sebelum kembali menjunam sesi ini.

Sementara itu, WTI mentah turut menjunam sebanyak 5 sen atau 0.10 peratus pada $53.06 setong.

Kebanyakan trader juga meneliti anggaran pengeluaran AS dalam laporan mingguan dari Pentadbiran Maklumat tenaga (EIA) yang menunjukkan bahawa komoditi hitam masih dinilai dalam keadaan meningkat. Laporan tersebut juga menunjukkan bahawa stok simpanan di hub minyak mentah di Oklahoma meningkat sebanyak 276,000 tong minggu ini.

Namun, data keseluruhan pengeluaran AS merosot sebanyak 717,000 tong sehari.

Ketua Strategi pasaran di CMC Sydney mengatakan bahawa terdapat perubahan kepada harga minyak mentah dalam sesi ini walaupun terdapat beberapa data positif dikeluarkan memandangkan angka pengeluaran semakin melonjak.

Brent dan WTI mentah naik mendadak baru-baru ini apabila Arab Suadi dan anggota OPEC dijangka akan melanjutkan perjanjian pembekuan bekalan oleh OPEC melebihi separuh pertama tahun ini.

Walau bagaimanapun, kebanyakan pengeluar non-OPEC dijangka akan meningkatkan pengeluaran termasuk penggerudi syal di AS yang  mengepam lebih banyak minyak bagi mendapatkan manfaat daripada lonjakan harga tersebut. Dalam masa yang sama, permintaan minyak dari OPEC juga dijangka merosot tahun ini.

Asia Timur dan Pasifik Terdedah Dengan Risiko Kelembapan Perdagangan Global : Bank Dunia

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat