Inventori Minyak EIA Jatuh: Pasaran Masih Fokus Kepada Perjumpaan OPEC

57

The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga melaporkan inventori minyak mentah yang jatuh sebanyak 1.3 juta tong semalam berbanding 5.3 juta peningkatan pada minggu sebelum.

Data ini dikeluarkan setiap minggu oleh The Energy Information Administration (EIA) yang mengira perubahan dalam inventori minyak di US setiap minggu. Data ini dikeluarkan selepas empat hari minggu tersebut berakhir.

Manakala data American Petroleum Institute (API) pula merekodkan pengurangan dalam inventori sebanyak 1.3 juta tong yang sama dengan bacaan EIA. Walaupun data API ini dijangkakan sekitar0.7 juta, tiada kesan yang signifikan kepada pasaran.

Inbventori pada tahun ini mencecah 490.3 juta tong masih di atas paras tahun lepas sebanyak 7.2% yang menunjukkan pasaran minyak masih dihantui lebihan penawaran (oversupply).

Inventori gasoline pula mencatatkan jumlah 2.32 juta tong pada minggu lepas berbanding jangkaan peningkatan sekitar 0.7 juta tong. Stok gasoline masih di atas paras 3.4% berbanding tahun lepas.

Harga minyak West Texas Intermediate (WTI) meningkat ke paras $48.20 dari $48.00  sejurus data dikeluarkan. Pun begitu, harga minyak mentah ini berada di paras 48.08 semasa artikel ini ditulis yang menunjukkan masih terdapat keraguan kepada perjumpaan OPEC minggu hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat