Inventori Minyak Mentah AS Melonjak : Apa Kesannya dalam Sesi Asia?

67

Harga minyak mentah didagang lebih tinggi dalam sesi Asia menjelang pengumuman tiga data penting dari China yang berpotensi menggerakkan pasaran.

Minyak mentah di New York Mercantile Exchange meningkat sebanyak 0.23 peratus kepada $52.59 setong. Di ICE London, minyak Brent bagi penghantaran Mac meningkat sebanyak 0.04 peratus kepada $54.20 setong.

China dijadual akan mengeluarkan 3 data penting iaitu data KDNK, laporan jualan runcit dan pengeluaran industri bagi bulan Disember.

Dalam masa yang sama, data pelantar penggerudian minyak mentah dari Baker Hughes akan menjadi tumpuan pasaran selepas angka yang diumumkan minggu lepas menunjukkan peningkat sebanyak 7 buah pelantar kepada 522 buah.

Semelam, WTI mentah mencatat keuntungan yang tidak disangka dalam sesi New York selepas pengumuman data inventori dari AS.

Maklumat Pentadbiran Tenaga Amerika Syarikat dalam laporan mingguannya menyatakan bahawa inventori minyak mentah melonjak sebanyak 2.347 juta tong bagi minggu berakhir 13 Januari lalu. Sementara itu, Institut Petroleum Amerika pada lewat Rabu melaporkan penurunan bekalan minyak mentah sebanyak 5.04 juta tong.

Menurut EIA, bekalan minyak mentah di Cushing Oklahoma, iaitu pusat penghantaran NYMEX mentah mencatat penurunan sebanyak 1.274 juta tong minggu lepas. Dalam laporan yang sama, inventori petrol menunjukkan peningkatan sebanyak 5.951 juta tong sementara stok produk tapisan jatuh 0.968 juta tong berbanding ramalan.

Penggubal Dasar Paling Berpengaruh Ini Ada Pandangan Tersendiri Mengenai Keadaan Ekonomi Semasa!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat