ISM Sektor Bukan Pembuatan Amerika Mengukuh Lebih Dari Jangkaan

49

Data ISM sektor perkhidmatan meningkat kepada 57.4 dari 56.9 sebelum ini dan melebihi jangkaan 56.5.

17 daripada 18 industri dilaporkan merekod pertumbuhan pada Jun, sama seperti bulan Mei dan indeks juga berada di atas purata 12-bulan.

Komponen aktiviti pengeluaran meningkat kepada 60.8 dari 60.7 pada Mei.

Tempahan baru mengukuh kepada 60.5 dari 57.7 sebelum ini, walaupun terdapat bukti tempahan yang belum dipenuhi semakin perlahan dari 57 kepada 52.5.

Indeks pekerjaan pula merosot dari 57.8 kepada 55.8 memberi sedikit kebimbangan kepada pasaran pekerjaan dengan sektor perkhidmatan adalah sektor terpenting di Amerika Syarikat.

Indeks harga pulih semula kepada 52.1 selepas meleset sebelum ini dari 49.2.

Syarikat-syarikat secara keseluruhan optimis dengan keadaan ekonomi semasa dan terdapat bukti kekurangan dalam jumlah buruh khususnya dalam sektor pembinaan.

Data kali ini dijangka akan terus mengekalkan pertumbuhan kukuh yang akan menyokong usaha The Fed kepada normalisasi. Namun tiada bukti tekanan yang signifikan kepada inflasi.

Reaksi pasaran adalah terhad dengan US dolar masih gagal mengukuh yang jelas dilihat pada pasangan Eur/Usd yang meneruskan perjalanan menuju paras harga 1.1400.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat