Isu Syria: Adakah Amerika Syarikat Takut Kepada Russia?

1,088

Presiden Trump dilaporkan sedang membincangkan tentang tindakan yang perlu di ambil oleh Amerika Syarikat terhadap Syria. Rusia pula menyuarakan kebimbangan terhadap konflik yang lebih luas antara Washington dan Moscow jika AS bertindak aggresif.

Kebimbangan dunia khususnya pasaran bermula apabila Trump mengancam untuk menghantar peluru berpandu ke Syria pada Rabu sebagai respon kepada amaran Rusia yang akan menembak jatuh sebarang peluru yang ditujukan ke Syria.

Duta besar Rusia ke PBB melihat perang boleh tercetus antara Amerika Syarikat dan Rusia dan meminta Washington untuk tidak membuat serangan ketenteraan terhadap Syria.

Beliau mengatakan perang perlu dielakkan dalam temubual bersama Reuters pada Jumaat.

Pada mulanya Trump memberi respon yang keras kepada Rusia pada Rabu 11 April.

Tweet dalam bahasa itu berbunyi, “Russia berikrar akan menembak jatuh sebarang peluru berpandu yang ditembak ke Syria. Bersedialah Russia, kerana mereka (peluru berpandu) akan datang dengan baik, baru dan pintar! Kamu tak patut berkawan dengan Binatang Gas Pembunuh yang membunuh rakyatnya sendiri!

Binatang gas pembunuh itu merujuk kepada Bashar Assad.

Namun, selepas daripada itu Trump sekali lagi mengeluarkan Tweet pada Khamis yang merujuk kepada perkara di atas yang berbunyi:

Beliau mengatakan, “Tidak pernah berkata akan bertindak menyerang Syria. Ia boleh jadi dalam masa terdekat atau langsung tidak secepat itu! Amerika Syarikat di bawah pentadbiran saya telah melakukan kerja yang baik membebaskan wilayah ISIS. Mana “Thank you America?”

Adakah Amerika Syarikat bimbang tercetus konflik lebih besar dengan Rusia? atau pun lebih kasar lagi Amerika takut dengan Rusia? Kita akan cuba perhatikan isu ini dari masa ke semasa.

Kesimpulan buat masa ini – Trump tidaklah seserius yang dilihat pada tweet pertamanya pada Rabu. Jadi kita boleh menjangka sentimen pasaran kekal positif buat masa ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat