Itu Dia! Sebab Putin, Harga Minyak Kembali ‘Fly’

267

Dagangan minyak mentah kembali melonjak selepas pengumuman Presiden Rusia Vladimir Putin yang telah mengisytiharkan pengerahan separa tenteranya.

Sebaik sahaja pengumuman tersebut dibuat, niaga hadapan minyak Brent dan WTI Amerika Syarikat melonjak sekitar 2.8% dengan masing-masing didagangkan lebih tinggi pada $93 setong dan $86 setong.

Dalam ucapan di televisyen pada pagi Rabu waktu Rusia, Putin berkata pengerahan sebahagian tentera simpanannya adalah bertujuan mempertahankan Rusia dan wilayahnya.

Ini sekali gus memberi petanda bahawa perang di Ukraine akan berterusan dan meningkat dengan penambahan tentera dari Rusia.

Hal ini mendorong minyak mentah kembali mendapat sokongan berikutan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan minyak ekoran sekatan yang dikenakan ke atas Rusia.

Komoditi hitam itu sebelum ini didagangkan suram selepas data terbaharu daripada Institut Petroleum Amerika (API) menunjukkan kelemahan dalam permintaan  minyak daripada pengguna Amerika Syarikat.

Menurut data yang dikeluarkan pada Selasa, bekalan minyak mentah AS meningkat kira-kira 1 juta tong minggu lalu, manakala simpanan petrol dan penyulingan masing-masing meningkat sekitar 3.2 juta tong dan 1.5 juta tong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat