Jaga-Jaga! Joe Biden Mungkin Akan Lebih Bertegas Dengan Undang-Undang Kripto

1,139

Pada minggu lepas, ketua pegawai Office of the Comptroller of the Currency (OCC), Brian Brooks telah meluahkan kebimbangannya terhadap undang-undang matawang kripto menerusi temu bual bersama CNBC.

Menurutnya, pentadbiran Joe Biden yang berkuatkuasa pertengahan Januari 2021 membawa kemungkinan pengenalan semula beberapa peraturan matawang kripto.

Jelasnya, sejak Julai lagi bank-bank di bawah pengawasan OCC telah bersedia dengan perkhidmatan perlindungan matawang kripto, menyokong beberapa projek stablecoin dengan tujuan meningkatkan keyakinan pengguna dengan simpanan mereka di bank tempatan.

“Namun, jika perlindungan tidak berlaku seperti yang dirancang, kita berada di zon yang kritikal.” ujarnya.

Menurut Brooks, ada dua asas kepada penubuhan undang-undang kripto.

Pertama, membanteras risiko penyelewangan wang dan menangani penggubahan wang haram. Kedua, mempolitikkan isu teknologi, sama ada kripto atau teknologi kewangan (fintech) secara meluas.

Brooks kemudiannya merujuk usul ahli kongres, Maxine Waters yang mendesak pentadbiran Biden untuk mengembalikan undang-undang kripto, menyifatkan gesaan tersebut bukan bertujuan untuk melindungi para pelabur tetapi sebaliknya hanya kepentingan politik.

Terbaru, Financial Crimes Enforcement Network (FinCEN) telah mengemukakan undang-undang baru bagi penggunaan wallets matawang kripto dan Securities and Exchange Commission (SEC) telah mengenakan tindakan undang-undang kepada beberapa firma kriopto atas kesalahan menjual sekuriti tidak berdaftar termasuk Ripple Labs.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat