Jagalah Boris Johnson, Jangan Sampai Biden Jadi Presiden AS!

799

Calon utama pilihan raya Presiden Amerika Syarikat Joe Biden memberi amaran kepada UK supaya ia perlu menghormati perjanjian dengan Ireland Utara setelah keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), atau tiada perjanjian perdagangan antara AS-UK akan dibuat.

Biden dalam satu ciapan di laman twitternya berkata, “Kami tidak boleh membiarkan Perjanjian Good Friday yang membawa perdamaian ke Ireland Utara menjadi korban Brexit”.

Tambah beliau lagi, setiap perjanjian perdagangan antara AS dan UK harus bergantung pada penghormatan terhadap perjanjian dan mencegah daripada kembalinya ‘hard border’.

‘Hard border’ merupakan tempat di mana penyeberangan sempadan dibenarkan dengan dikendalikan oleh pegawai kastam dan polis. Malah, jika terdapat ketegangan, pasukan tentera akan terlibat sama.

Pemandu kenderaan yang menyeberangi sempadan akan diminta untuk menyatakan barang dalam pengangkutan, sementara pengangkut komersial pula harus menunjukkan dokumen muatan dan bukti bahawa barang tersebut mematuhi standard minimum wilayah yang dimasuki.

Dalam pada itu, Biden juga ‘retweet’ ciapan surat daripada Eliot Engel, ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan perwakilan AS kepada Johnson yang meminta pemimpin Britain itu untuk menghormati perjanjian damai Good Friday 1998.

Engel telah menggesa Johnson untuk membatalkan hasratnya untuk melanggar perjanjian tersebut, dan memastikan bahawa rundingan Brexit tidak mensia-siakan usaha yang telah diambil untuk membawa keamanan ke Ireland Utara dan menjejaskan hubungan dua hala antara AS-UK.

Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa Kongress tidak akan menyokong perjanjian perdagangan bebas antara UK dan AS jika Britain gagal memenuhi komitmennya dengan Ireland Utara.

Surat itu telah ditandatangani oleh Perwakilan Richard Neal, William Keating dan Peter King.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat