Jamie Dimon Menyesal Menuduh Bitcoin Adalah Satu Penipuan

1,087

Ketua Pegawai Eksekutif JP Morgan, Jamie Dimon menyesal kerana mendakwa bitcoin adalah penipuan. Dalam komennya, Dimon menyatakan bahawa dia masih sama sekali tidak tertarik dengan matawang crypto, kata beliau dalam temubual bersama Fox Business pada Selasa.

Dimon mendakwa bitcoin adalah penipuan dalam konferens di New York pada September. “Matawang itu tidak akan ke mana-mana. Anda tidak boleh berniaga di mana pihak lain mencipta matawang tanpa memerlukan apa-apa dan terfikir siapa yang membeli itu adalah bijak,” kata Dimon.

Dimon mengatakan bahawa bitcoin itu lebih teruk daripada gelembung tulips yang pernah terjadi dalam pasaran pada abad ke 16. Beliau menjangkakan orang yang melabur dalam bitcoin akan rugi besar. Hanya masa yang akan menentukan gelembung itu pecah dan ketika itu semua orang akan panik, kata beliau pada September.

Walaupun dengan komen Dimon yang negatif, beberapa bank, bursa tukaran, dan syarikat menerima dengan terbuka kemunculan pasaran crypto dengan ramai pelabur yang semakin tertarik dengan industri matawang digital.

Btcoin kini susut 3.90% dalam tempoh 24 jam kepada $14,694 setakat pukul 9.30 malam pada Selasa. Bitcoin hanya didagangkan pada harga $909 setahun yang lalu dan pernah mencapai paras harga $20,000 pada Disember 2017.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat