Jangan Ingat Putin Sudah Kalah, Ini ‘Serangan’ Baru Rusia Ke Atas Ukraine!

1,230

Empat wilayah Ukraine yang diduduki Rusia mengumumkan rancangan untuk mengadakan undian atau referendum bagi menjadi sebahagian daripada negara itu pada Selasa.

Dalam langkah mengejutkan ini, ia secara tidak langsung dilihat akan membuka jalan kepada penggabungan Rusia.

Pihak berkuasa pro-Rusia di timur, Donetsk dan Luhansk, serta selatan, Kherson dan Zaporizhzhia, akan mengadakan undian selama lima hari mulai Jumaat minggu ini.

Moscow mungkin melihat penggabungan rasmi ini akan membantu menghentikan kehilangan wilayah yang ditawannya selepas serangan balas Ukraine berjaya menuntut semula sebahagian besar wilayah di Kharkiv.

Bagaimanapun, Ukraine dan negara Barat telah menyuarakan tentangan mereka yang tidak mengiktiraf penggabungan ini, memberi amaran tindakan tersebut tidak akan menghalang Ukraine mendapatkan semula tanah berdaulatnya.

Penasihat keselamatan negara White House, Jake Sullivan menyifatkan referendum tersbeut sebagai penghinaan terhadap prinsip kedaulatan dan integriti wilayah yang menyokong sistem antarabangsa.

Tambahnya, Amerika Syarikat tidak akan sekali-kali mengiktiraf tuntutan Rusia ke atas mana-mana bahagian Ukraine sekiranya ini berlaku.

Sementara itu, ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU) Josep Borrell memberi amaran untuk mempertimbangkan langkah sekatan tambahan ke atas Rusia susulan referendum itu.

Dalam pada itu, Presiden Rusia Vladimir Putin yang pada mulanya dijangka memberi ucapan kepada negara itu pada petang Selasa, telah menangguhkannya tanpa memberi sebarang alasan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat