Satu Persatu, Ukraine Takluki Semula Tanah Yang Dirampas Rusia!

597

Ukraine berjaya menawan semula sebuah kampung berhampiran dengan bandar timur Lysychansk pada Isnin.

Walaupun hanya kemenangan kecil tetapi ia membawa simbolik yang bermakna bahawa Rusia tidak lagi mempunyai kawalan penuh ke atas wilayah Luhansk, salah satu sasaran perang utama Presiden Vladimir Putin.

Gabenor Luhansk, Serhiy Haidai berkata angkata tentera Ukraine berada dalam kawalan penuh ke atas Bilohorivka.

“Selangkah demi selangkah, sentimeter demi sentimeter, kami akan membebaskan seluruh tanah kami daripada penceroboh,” kata beliau.

Tentera Rusia telah menduduki seluruh wilayah Luhansk sejak dua setengah bulan lalu, di mana kakitangan am Ukraine memutuskan untuk berundur dari bandar Sievierdonetsk dan Lysychansk pada Julai selepas pertempuran yang panjang.

Sepanjang 12 hari lalu, rejimen Ukraine di timur laut telah melancarkan serangan balas, membebaskan lebih daripada 300 penempatan di seluruh wilayah Kharkiv dan memaksa tentera Rusia berundur.

Minggu lalu, Presiden Volodymyr Zelensky mengatakan 6,000 kilometer persegi wilayah Ukraine di timur dan selatan telah berjaya diambil semula dari Rusia.

Wilayah yang ditawan semula termasuk Kharkiv di timur laut, yang merangkumi bandar Izyum, Kupiansk dan Balakliya. Ini juga termasuk, selatan Kherson.

Negara-negara Barat terus menawarkan bantuan kepada Ukraine, di mana yang terbaru Liz Truss mengatakan akan membelanjakan sekurang-kurangnya £2.3 bilion tahun depan kepada Kyiv.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat