Jangan Main-main! 19 Negara Nak Sertai BRICS

9,882

Ketika isu mengenai BRICS semakin hangat diperkatakan, 19 negara telah mula menunjukkan minat untuk menyertai pakatan tersebut.

Duta Afrika Selatan kepada kumpulan itu, Anil Sooklal memberitahu bahawa 13 negara telah secara rasmi memohon untuk menyertai kumpulan itu.

Sementara 6 negara lagi telah menyatakan minat secara tidak rasmi, sambil menambah bahawa mereka menerima permohonan penyertaan setiap hari.

BRICS yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan dikatakan berpotensi untuk mengalahkan G7 dalam menguasai ekonomi dunia.

Malah, mereka juga sedang dalam usaha untuk mengurangkan kebergantungan dunia terhadap mata wang dolar Amerika yang dianggap tidak menguntungkan.

BRICS akan mengadakan sidang kemuncak tahunan di Afrika Selatan pada 2-3 Jun untuk membincangkan mengenai usaha membesarkan pakatan itu dengan menerima lebih banyak ahli..

Perbincangan mengenai pengembangan BRICS pada asalnya dimulakan oleh China pada tahun lepas, di mana ia cuba membina pengaruh diplomatik untuk menentang penguasaan negara maju di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat