Jangkaan Inflasi New Zealand Mengukuh Kepada 2.2% Pada Suku Pertama

53

Jangkaan inflasi jangka panjang bagi sektor perniagaan New Zealand naik lebih pantas pada suku pertama menurut tinjauan yang dikeluarkan pagi tadi.

Jangkaan inflasi yang juga diperhatikan oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) naik ke paras 2.2% pada suku pertama selepas merekod kenaikan 1.9% pada suku sebelum ini.

Harga pengguna (CPI) tahunan dijangka berada di paras 1.9% seperti yang ditunjukkan oleh data rasmi.

Inflasi rasmi New Zealand mengukuh pada suku pertama dengan pelonggaran polisi monetari terus menyokong ekonomi. Harga pengguna (CPI) melonjak 1% dalam tempoh tiga bulan pertama iaitu dua kali ganda dari kadar yang direkod pada suku keempat 2016.

Jika dibandingkan dengan suku pertama tahun lalu, harga pengguna naik 2.3% yang mana hampir sekali ganda dari suku sebelumnya.

Inflasi meningkat dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Pertumbuhan ekonomi hanya merekod kenaikan 0.4%, merupakan kadar terendah sejak separuh pertama tahun 2015. Walaupun ia agak mengecewakan, keadaan ekonomi masih lagi kukuh.

Pada Mac, New Zealand merekod lebihan dagangan (trade surplus) pertama dalam masa sembilan bulan dengan kenaikan eksport.

Pengukuhan inflasi bersama ekonomi yang terus berkembang berpotensi memberi tekanan kepada pembuat polisi RBNZ untuk mula menaikkan kadar dalam jangka masa 12 bulan akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat