Jangkaan Kenaikan Kadar yang Semakin Meleset Menambah Tenaga Logam Berharga!

41

Harga emas meningkat dalam sesi Eropah pada Isnin ke tahap yang paling tinggi dalam tempoh 12 minggu apabila pelabur menurunkan jangkaan kenaikan kadar oleh Fed pada tahun ini.

Emas di Comex New York Merchantile Exchange meningkat ke paras tertinggi dalam sesi ini kepada $1,227.45 satu troy ounce.

Harga logam kuning meningkat sebanyak 2.4 peratus pada minggu lepas dengan kadar keuntungan tertinggi dalam tempoh tujuh bulan.

Laporan pekerjaan AS yang terkini menunjukkan pertumbuhan pekerjaan berada pada tahap yang baik. Namun begitu, pertumbuhan gaji kekal pada tahap sederhana, sekali gus mendorong pendekatan yang lebih berhati-hati oleh Fed tahun ini.

Pasaran menjangkakan Fed berpotensi menaikkan kadar pada bulan Mac dengan ramalan sebanyak 10 peratus dan 60 peratus pada bulan Jun.

Dalam sesi ini juga, US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang gergasi berbanding enam matawang utama dalam sesi Eropah kali terakhir dinilai pada 99.19.

Buat masa ini, US Dollar kekal berada pada tekanan berikutan kebimbangan terhadap dasar ekonomi dibawah pentadbiran Trump.

Sebarang perubahan dasar akan menentukan sentimen pasaran memandangkan kebanyakan trader sedang memberikan tumpuan untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pembaharuan cukai dan perbelanjaan infrastruktur.

Juga di Comex, silver futures melonjak sebanyak 9.9 sen atau 0.6 peratus dalam sesi ini. Bagi perdagangan logam lagi, copper futures menunjukkan kenaikan sebanyak 1.6 sen atau sebanyak 0.6 peratus kepada $2.632 Pound.

Hadam Isi Artikel Ini Untuk Mengetahui Sama Ada Ini Masa Terbaik Untuk “Buy” atau “Sell” US Dollar!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat