Jerman Bakal Menderita Jika Bekalan Gas Rusia Dihentikan Sepenuhnya!

798

Ekonomi terbesar Eropah, Jerman kini berdepan risiko kemelesetan sekiranya bekalan gas Rusia dihentikan sepenuhnya, sebuah badan industri memberi amaran pada hari Selasa.

Persatuan industri BDI Jerman menurunkan ramalan pertumbhuan ekonominya untuk 2022 kepada 1.5% daripada 3.5% yang dijangkakan sebelum perang Rusia di Ukraine bermula pada 24 Februari.

Ia memberi amaran bahawa penghentian dalam penghantaran gas Rusia akan menjadikan kemelesetan di negara itu tidak dapat dielakkan.

Sehingga hari ini, gas Rusia dikatakan masih dipam melalui Ukraine tetapi pada kadar yang terhad.

Saluran paip Nord Stream 1 di bawah Baltik, laluan bekalan utama ke Jerman sedang berfungsi dengan kapasiti hanya 40%.

Menurut Rusia, pengurangan tersebut berlaku kerana sekatan Barat telah menghalang pembaikan dilakukan, tetapi Eropah mendakwa ia hanyalah alasan Moscow untuk mengurangkan alirannya.

Pengurangan tersebut menghalang Eropah untuk mengisi semula kemudahan penyimpanan yang kini memerlukan 55% untuk memenuhi sasaran seluruh EU sebanyak 80% menjelang Oktober dan 90% pada November sebagai persediaan untuk menghadapi musim sejuk.

Penanda aras harga gas untuk Eropah didagangkan sekitar €126 ($133) setiap megawatt jam (MWj), jauh di bawah paras tertinggi tahun ini €335 euro, tetapi masih meningkat lebih 300% berbanding setahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat