Jerman Mungkin Berhadapan Dengan Pilihanraya Semula Selepas FDP Menarik Diri

52

Rundingan gabungan parti CDU/CSU, parti Hijau dan parti Liberal FDP telah gagal. FDP menyatakan penarikan diri daripada rundingan tersebut pada Ahad.

Lebih daripada sebulan selepas pilihanraya Jerman 24 September lalu tiga parti berunding secara intensif untuk membentuk gabungan. Parti yang terlibat adalah Parti Kristian Demokratik dan Sosialis (CDU/CSU), Parti Hijau dan Parti Liberal (FDP).

Selepas pemimpin FDP, Christian Lindner mengumumkan penarikan diri daripada rundingan tersebut, kini Jerman akan terus dipimpin oleh Canselor Angela Merkel.

Keputusan akan dibuat oleh Presiden Jerman iaitu Frank-Walter-Steinmeier sama ada untuk mengadakan pilihanraya semula atau mengangkat Merkel sebagai pemimpin kerajaan minoriti.

BBC memetik Merkel berkata, beliau menyesali rundingan pembentukan kerajaan telah gagal dan menyatakan bahawa beliau akan bertemu dengan presiden Jerman pada Isnin untuk secara rasmi memaklumkan yang perbincangan itu telah tamat.

“Hari ini negara Jerman harus cermin diri dan bertanya kepada diri sendiri, bagaimana kita sebagai sebuah negara harus maju ke hadapan,” katanya.

“Sebagai Canselor, saya akan melakukan segala-galanya untuk memastikan negara ini dapat diuruskan dengan baik pada minggu-minggu yang sukar akan datang.”

Kita dapat melihat kesan risiko politik Jerman ini kepada pasaran tukaran matawang dalam sesi awal Asia pada Isnin. Matawang Euro membuat ‘gap-down’ dan melemah dalam sesi Asia, namun kini telah memulih semula sejak sesi awal Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat