JJPTR Masih Menyiasat Kehilangan Dana Ratusan Juta Dari Akaun Forex Mereka

192

Johnson Lee pengasas kepada JJPTR (JJ Poor to Rich) merancang untuk membuat satu sidang media bagi menjelaskan situasi semasa syarikat dan bagaimana akaun dagangan forex mereka digodam dan menyebabkan kerugian sebelum ini, menurut laporan The Sun.

Lee berharap akan dapat membuktikan bahawa beliau tidak berniat untuk menipu pelabur-pelabur JJPTR.

Menurut laporan, Lee telah meminta bantuan rakannya untuk menyiasat perkara sebenar yang berlaku kepada akaun dagangan yang digodam tetapi masih tidak mendapat sebarang bukti bagaimana hal ini boleh berlaku. Oleh itu, beliau berharap dapat mendedahkan bukti-bukti ini dengan bantuan pakar dalam hal ini.

Lee juga telah mengadakan mesyuarat bersama 40 ‘pencadang broker’ (Introduer Brokers, IB) di Penang bagi mencari jalan menyelesaikan perkara ini.

Syarikat JJPTR yang berpangkalan di Pulau Pinang ini dikaitkan dengan dagangan matawang (forex trading) di mana orang ramai boleh membuat pelaburan serendah 25USD.

Syarikat ini juga pernah disenaraikan di laman web Bank Negara Malaysia sebagai sebuah syarikat yang tidak diiktiraf dan tidak sah. Bank Negara juga menasihatkan agar orang ramai tidak melibatkan diri dengan penyedia perkhidmatan wang yang tidak sah seperti ini di mana mereka tidak akan dilindungi oleh undang-undang pengguna.

Pada Rabu, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng mencadangkan agar Lee mengeluarkan kata dua dalam masa 48 jam dan datang ke hadapan bagi menjelaskan kehilangan ratusan juta yang didakwa pihak Lee telah digodam dari akaun syarikat.

Ahli parlimen tersebut mengatakan dalam apa jua kes seperti ini, jika amaun wang yang dikatakan telah digodam atau dicuri dengan apa cara sekalipun, ia haruslah dilaporkan kepada pihak polis.

Pihak DAP telah mengarahkan agar Lee menjelaskan perkara ini tetapi beliau dan wakil-wakil JJPTR gagal hadir ke mesyuarat pada Rabu di Kuala Lumpur.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat