Jong-Un Seakan Jadi Pendamai Antara US-China Dalam Pertemuan Beliau Dengan Xi Jinping

823

Rocket Man Kim Jong Un dilihat sedang cuba menunjukkan diri sebagai seorang juru damai selepas lawatannya ke China bertemu Presiden China Xi Jinping. Sejak akhir-akhir ini, Jong-Un tidak lagi melontarkan ancaman khususnya kepada Amerika Syarikat.

Untuk pengetahuan anda, ini adalah pertemuan pertama Kim bersama Xi Jinping.

“Saya yakin pertemuan pertama saya dengan Xi Jinping akan membuahkan persahabatan antara Korea Utara dan China serta memudahkan perdamaian dan kestabilan di Semenanjung Korea,” kata Jong-Un.

Dalam pertemuan ini juga, Kim menyatakan bahawa mereka bersedia untuk menghentikan program nuklear mereka. Jinping seterusnya menyatakan perdamaian akan dapat dicapai jika Korea Selatan dan Amerika Syarikat melihat niat China – Korea Utara secara positif.

Untuk pengetahuan anda, ini adalah lawatan pertama Jong-Un ke luar negara selepas berhadapan dengan pelbagai sekatan oleh Amerika Syarikat sebelum ini. Lawatan pertama ini pula dimulakan dengan China yang juga sebuah negara komunis.

Jelas dilihat di sini, Korea Utara begitu berhati-hati dalam memulakan usaha diplomasi dengan dunia luar dan cara Jong-Un seakan beliau memahami cara berdiplomasi dengan negara lain.

Sebenarnya sikap positif Korea Utara dapat dilihat sejak dua bulan lalu apabila negara itu mengisytiharkan niat untuk menyertai sukan olimpik musim sejuk di Pyongyang Korea Selatan.

Apa yang menambah sentimen positif global adalah jemputan oleh pihak Jong-Un yang menghantar wakilnya bagi menjemput Trump bagi pertemuan dengan beliau (Jong-Un). Satu tindakan yang begitu positif di mana jemputan dibuat dengan menghantar delegasi ke Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat