Jual Beli XRP Dihadkan? Ini Yang Tak Best Ni

2,630

Delaware Court of Chancery telah mengeluarkan perintah sekatan terhadap Ripple Labs daripada melakukan sebarang transaksi XRP dan penebusan saham.

Perintah penahanan awal dari mahkamah secara khususnya telah melarang aktiviti perdagangan XRP sehingga mencecah baki sifar dan berkuatkuasa sehingga Tetragon dapat mencairkan sahamnya.

Tetragon pada awalnya membuat permohonan untuk menyekat sepenuhnya terhadap pembelian XRP.

Bagaimanapun Naib Canselor mahkamah, Morgan T. Zurn menggantikan dengan perintah Ripple untuk mengekalkan “sifar bersih” dalam aktiviti jual beli XRP susulan daripada permohonan Tetragon dilihat berat.

Ini merupakan khabar buruk terbaru selepas Ripple disaman oleh firma pengurusan aset United Kingdom (UK), Tetragon Financial Group LTD, yang juga penyumbang terbesar dalam pusingan dana Series C dan memiliki $175 juta saham Series C yang mana merangkumi sekitar 2% ekuiti Ripple.

Pada 7 Januari, Tetragon menfailkan injunksi awal kerana ada klausa yang menyentuh jika XRP didapati ‘sekuriti’, Ripple wajib untuk memulangkan semula saham tersebut. Namun, Ripple membantah dakwaan tersebut.

Sebelum Tetragon, Ripple disaman Securities and Exchange Commission (SEC) gara-gara menjual XRP sebagai sekuriti tidak berdaftar dan dijangka perbicaraan tersebut berlangsung pada 22 Februari 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat