Ripple Disaman Lagi!

1,542

Firma pelaburan berpangkalan di United Kingdom (UK) telah menfailkan saman terhadap Ripple di Mahkamah Delaware Chancery pada awal minggu ini.

Tetragon Financial Group melalui saman tersebut mahu mendapatkan hak kontraknya dengan meminta Ripple untuk menebus saham pilihan Series C.

Untuk pengetahuan, Tetragon merupakan pelabur utama dalam pembiayaan Series C Ripple yang bernilai $200 juta pada Disember 2019, bertujuan untuk menaiktaraf XRP Ledger dan mengembangkan lagi utiliti token XRP.

Tetragon juga mahu pihak mahkamah membeku aset tunai Ripple sehingga pembayaran dilunaskan, termasuk permohonan perintah tahanan, mempercepatkan perbicaraan dan injunksi awal.

Ini merupakan saman kedua selepas Securities and Exchange Commission (SEC) menyaman Ripple pada Disember 2020 atas tuduhan menjual sekuriti tidak berlesen bernilai lebih $1 bilion.

Harga XRP susut mendadak susulan daripada berita itu, diikuti dengan beberapa platform pertukaran yang menyahsenaraikan matawang kripto tersebut. Sehingga hari ini sekitar 22 pertukaran telah ‘membuang’ XRP hanya di AS dan secara global.

Terbaru, Grayscale dilaporkan telah menjual kesemua aset XRP di dalam Grayscale Digital Large Cap Fund dan membuat pembelian token tambahan dalam dana seperti Bitcoin dan Ethereum.

Sebelum ini Ripple ada memberitahu dalam beberapa minggu lagi pihak mereka akan membuktikan tuduhan SEC jelas tidak berasas, menganggap cerita yang ditularkan media hanya berat sebelah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat