Jual Matawang Euro Beli GBP Dengan Jangkaan Positif Terhadap Brexit – Penganalisis

831

Jual Euro dan beli matawang Sterling dengan jangkaan perjanjian Brexit kini telah selesai, kata strategist di Bank SEB salah sebuah bank terbesar di wilayah Scandinavian.

“Matawang GBP masih berada di bawah nilai (undervalued) berbanding kebanyakan matawang dengan ketidaktentuan Brexit memberi tekanan kepada matawang itu. Rundingan terhadap perjanjian akhir dilihat lebih berpotensi menghasilkan kata sepakat pada November.”

SEB berpendapat kata sepakat akan dicapai kerana kosnya terlalu tinggi jika ia gagal dipersetujui.

Perkembangan terkini menunjukkan Jerman dan Austria bersetuju untuk berbuat apa sahaja bagi mengelakkan Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) tanpa sebarang perjanjian. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Chancellor Austria Sebastian Kurz selepas mesyuarat bersama Chancellor Angela Merkel.

Untuk pengetahuan anda, Austria ketika ini sedang memegang jawatan Presiden Majlis Kesatuan Eropah.

Kurz dan Merkel berkata terdapat mesyuarat yang membincangkan beberapa isu termasuk perancangan Britain untuk meninggalkan blok Eropah pada 2019 menjelang perhimpunan pemimpin-pemimpin EU di Salzburg pada minggu hadapan.

Matawang Pound (GBP) dilihat membuat pemulihan berbanding Euro sepanjang pada bulan September berikutan kebimbangan terhadap Brexit yang berkurangan khususnya potensi dalam mendapatkan perjanjian daripada Kesatuan Eropah.

Atas sebab inilah penganalisis di SEB berpendapat bias pergerakan GBP lebih ke atas berbanding dengan matawang Euro.

Bukan itu sahaja, panel penganalisis di Nordea Markets juga berpendapat bias pergerakan GBP lebih ke atas dalam apa jua senario Brexit.

“Pasaran telah menyerap (priced-in) risiko signifikan terhadap tiada-perjanjian Brexit, kami menjangka apa juga perjanjian yang dicapai adalah positif kepada GBP. Walaubagaimanapun, masa yang tepat tentang peralihan harga adalah sukar untuk dipastikan,” demikian kata Andreas Steno Larsen strategist tukaran matawang di Nordea Markets.

Larsen dan Nordea Markets bagaimanapun menjangka UK akan mendapat perjanjian ‘perdagangan bebas seperti Kanada‘ dan bukannya cadangan Chequers oleh Perdana Menteri Theresa May.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat