Jualan Meningkat 0.1% Dalam Sektor Pembuatan Kanada

128

Jualan dalam sektor pembuatan Kanada meningkat 1.0% pada Mac yang sejajar dengan jangkaan pasaran. Data sebelum ini iaitu pada Februari merekod kejatuhan 0.6% jika dibandingkan dengan kemerosotan jualan 0.2% yang dilapor sebelum ini.

Dari segi nilai jualan, data kali ini meningkat 0.2% pada tempoh sama.

16 dari 21 sektor merekod kenaikan pada Mac.

Selepas dua bulan merekod kejatuhan, terdapat pemulihan dalam jualan sektor pengangkutan yang menyumbang kenaikan 3.6% secara tahunan dan tidak lupa juga pengukuhan jualan dalam sektor kenderaan bermotor.

Jualan makanan juga meningkat 2.6% yang membawa kepada rekod jualan C$8.9 billion dan terdapat juga peningkatan dalam jualan mesin.

Terdapat kejatuhan jualan dalam sektor petroleum yang disebabkan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

Tempahan baru meningkat pada bulan keempat berturut-turut yang memberikan peningkatan terkini sebanyak 2.6% dan dari segi tahunan sebanyak 17.6%.

Data secara keseluruhan mengekalkan keyakinan dalam sektor pembuatan khususnya dengan kenaikan kukuh dalam tempahan baru. Data ini akan memberi sedikit kelegaan kepada bank pusat Kanada walaupun fokus jangka pendek kini terarah kepada sektor perumahan, inflasi dan isu perdagangan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat