Jualan Runcit Amerika Syarikat Naik 0.2% Kurang Daripada Jangkaan

41

Jualan runcit (retail sales) di Amerika Syarikat pada Ogos jatuh melebihi jangkaan pasaran, merosot 0.2% berbanding jangkaan kenaikan 0.1%. Data pada Ogos dikaji semula kepada kenaikan 0.3% berbanding data sebelum iaitu 0.6%.

Peningkatan data jualan runcit adalah berhubung kait secara langsung dengan pertumbuhan ekonomi, di mana jualan yang merosot menunjukkan kemerosotan dalam ekonomi secara keseluruhan.

Data teras-jualan runcit (core retail-sales) yang tidak mengambil kira jualan automobil meningkat 0.2% pada Ogos, tetapi meleset daripada jangkaan 0.5%. Jualan teras pada bulan sebelum itu juga dikaji semula kepada 0.4% daripada 0.5%.

Jualan teras bergerak lebih seiring dengan perbelanjaan pengguna di dalam laporan pertumbuhan ekonomi.  Perbelanjaan pengguna di Amerika Syarikat mewakili 70% daripada pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.

Terdapat kesan yang signifikan daripada taufan Harvey dan Irma dalam jangka pendek dan ia dapat dilihat dalam data kali ini. Walaubagaimanapun, data tinjauan pengguna menunjukkan keyakinan dalam kalangan penduduk, yang akan menyokong perbelanjaan beberapa bulan akan datang.

Dengan ketidaktentuan dalam tren terkini jualan runcit, impak keseluruhan kepada pasaran dijangka terhad. US dolar melemah sejurus data ini dikeluarkan pukul 8.30 malam tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat