Jualan Runcit Kanada Meningkat Menyokong Kekuatan Dolar Kanada

46

Sebentar tadi data jualan runcit (Retail Sales) Kanada baru sahaja dikeluarkan pukul 9.30 malam waktu Malaysia. Data retail sales ini dikeluarkan setiap bulan selepas 50 hari dari bulan tersebut berakhir. Maknanya data yang dikeluarkan tadi adalah data sebenar bagi bulan September. Data ini mengira perubahan jualan runcit sama ada meningkat atau berkurang.

Manakala satu lagi data ialah core retail sales yang mengira perkara sama seperti retail sales, tetapi kiraan core retail sales tidak mengambil kira automobil.

Bacaan jualan runcit pada September mencatatkan kenaikan sebanyak 0.60% yang rendah berbanding jangkaan penganalisis iaitu 0.70%. Pun begitu bacaan ini masih dilihat baik kerana meningkat dari bulan Ogos yang mencatatkan 0.10%. Menurut Jabatan Statistik Kanada jualan runcit meningkat sebanyak $44.4 billion.

Kenderaan bermotor dan alat ganti menjadi penyumbang tertinggi kepada kenaikan jualan runcit pada September dengan 2.40% kenaikan.

Dari keseluruhan 11 sub-sektor, 7 daripadanya menunjukkan peningkatan. Sub-sektor ini menyumbang sebanyak 65% dalam jualan runcit. Sektor yang mencatatkan kejatuhan dalam jualan runcit adalah makanan dan minuman yang jatuh 0.80% dan kesihatan/penjagaan diri sebanyak 0.60%.

Pun begitu, data yang lebih penting menjadi perhatian pemain-pemain pasaran dunia adalah core retail sales Kanada yang tidak mencatatkan sebarang peningkatan berbanding bulan Ogos iaitu 0.20%. Penganalisis menjangkakan data ini naik 0.60%.

Reaksi pasaran terhadap data ini dilihat lemah dengan Usd/Cad bergerak dalam julat (1.3411-1.3429) sekitar pukul 9.30 malam sehingga 10.00 malam tadi. Pada masa ini Usd/Cad sudah meneruskan tren penurunan sejak Jumaat lepas dengan keyakinan yang semakin memuncak dalam pembekuan pengeluaran minya OPEC minggu hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat